"Kalau Allah murka kepada seseorang itu, maka Allah akan berikan dia 3 perkara. Dalam waktu yang sama, Allah سبحانه وتعالى akan tahan 3 perkara daripada dia berdasarkan niatnya." Kata Al-Habib Ahmad Bin Hasan Al-Attas. Seram. Jangan kata nak bersama dengan golongan wali Allah itu ketika di dunia ini lagi. Apatah lagi nanti nak bersama dengan mereka di Mahsyar nanti, semuanya itu adalah bergantung kepada niat dan keikhlasan kita ini.
"Kalau Allah سبحانه وتعالى murka kepada seseorang itu, Allah سبحانه وتعالى akan benarkan dia, berikan dia, izinkan dia untuk bercampur-gaul dengan Alim Ulama. Akan tetapi, Allah سبحانه وتعالى halang dia daripada dia menjadi salah seorang daripada Alim Ulama. Katakan dia seorang Ustaz lah. Katakan dia seorang Syeikh lah. Katakan dia seorang Guru lah. Ataupun dia selalu bersama dengan Alim Ulama. Dia mengatakan "Habib Fulan, Syeikh Fulan, Maulana Fulan itu sama-sama duduk dengan ana, sama-sama belajar dengan ana."
"Macam sama kan? Sama duduk satu majlis, sama dengan rupa, sama dengan pakaiannya, duduk majlis, duduk sama-sama satu sama lain, tapi Allah سبحانه وتعالى halang engkau daripada menjadi salah seorang daripada mereka. Kenapa? Kerana niat engkau tak macam niat mereka. Ikhlas engkau tak macam ikhlas mereka. Engkau sangka engkau dah macam mereka, tapi sebenarnya bukan. Allah سبحانه وتعالى halang engkau daripada jadi macam mereka. Nauzubillah min zalik!!!"
"Yang kedua, Allah سبحانه وتعالى berikan dia, izinkan dia untuk melakukan amal banyak-banyak. Kita ini kadang-kadang nak buat pun payah tapi Allah berikan dia kemudahan sembahyang rajin, qiamuallai rajin, baca Al-Quran rajin. MasyaAllah, tetapi Allah cabut ikhlas dari hati dia. Buat untuk dikenal. Aku orang baik, aku ni soleh. Lepas dia buat saja dia ujub, lepas dia buat sesuatu amalan sahaja dia ujub. Allah!! Semua amalannya rosak belaka."
"Dia sangka; "Aku dah witir tiap-tiap malam tak tinggal, aku dah sedekah hari-hari ini, aku dah banyak buat baik ini dan sebagainya." Sehingga akhirnya nanti dia akan hampar kosong semuanya berterbangan. Kenapa? Kerana niat engkau tak sama dengan niat mereka yang betul-betul niatnya kerana Allah dalam mengerjakan amal."
"Yang ketiga, yang ketiga ini kita takut. Allah سبحانه وتعالى berikan dia hikmah. Hikmah itu apa? Hikmah itu pandai bercakap. Kalau dia bercakap dengan orang punyalah halus, punyalah lembut, punyalah ada sirr yang dia cakap itu tetapi Allah سبحانه وتعالى halang dia daripada mendapatkan fadhilat daripada hikmah yang ada didalam diri dia itu."
"Orang kalau dengar dia cakap dia boleh jadi baik, akan tetapi dia tak boleh jadi baik. Orang dengar cakap dia boleh tersentuh hatinya, boleh sampai menitiskan airmatanya, tapi dia sendiri tak tersentuh hati, tak menitis pun airmatanya. Nauzubillah min zalik! Ini kerana apa? Kerana niatnya tak bersih. Dia cuba nak tipu Allah, maka Allah tipu dia. Dia tertipu. Ini sebabnya niat kita ini sangat-sangat penting."
Wallohua'lambisawab

EmoticonEmoticon