Selasa, 15 Januari 2019

Keringanan dalam Sholat

Islam adalah agama yang mudah dan tidak ada alasan bagi kita untuk meninggalkan solat walaupun ketika perjalanan perjalanan jauh iaitu musafir. Allah SWT telah memberi kelonggaran kepada umat islam dalam mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir.
Ruskhsah solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan Fardhu Solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yang mengambil kira kebijakan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah SWT telah menyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir.
PERGERTIAN SOLAT QASAR
Bahasa: pendek dan ringkas
Istilah: memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.
Solat yang boleh diqasarkan ialah solat Zuhur, Asar, Isyak.
SYARAT-SYARAT PERJALANAN (MUSAFIR) YANG DIBENARKAN UNTUK SOLAT QASAR/JAMAK
  1. Musafir adalah untuk tujuan yang baik, bukan untuk melakukan maksiat.
  2. Destinasi yang dituju mestilah melalui 2 marhalah iaitu melebihi 91 KM.
  3. Mengetahui destinasi yang dituju.
HIKMAH DISYARATKAN SOLAT QASAR/JAMAK
  1. Meringankan atau memudahkan umat Islam untuk menunaikan solat dalam perjalanan.
  2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.
  3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dalam apa keadaan sekalipun.
  4. Menggalakkan umat Islam bermusfir bagi menambah keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.
SYARAT-SYARAT SOLAT QASAR
  1. Hendaklah melepasi sempadan kawasan tempat tinggal.
  2. Tidak berniat bermukmin melebihi 4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
  3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.
  4. Masih dalam keadaan musafir ketika mengerjakan Solat Qasar.

PEMBAHAGIAN SOLAT JAMAK
Jamak Taqdim ialah menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama iaitu Zuhur dan Maghrib. Jamak Takhir ialah menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam kedua iaitu Asar dan Isyak.
SYARAT JAMAK TAQDIM
  1. Solat pada waktunya yang awal seperti solat zuhur dan maghrib.
  2. Niat jamak pada waktu solat yang pertama.
  3. Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat.
  4. Diselangi dengan iqamah dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal.
  5. Berkekalan musafirnya sehingga solat kedua.
SYARAT JAMAK TAKHIR
  1. Berniat untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama.
  2. Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat.


EmoticonEmoticon